Eifa_AwesomeBlog~
Say hai to RAMADHAN!

Tuesday, 9 July 2013 @ 11:22 | 2 Comment [s]

 
 assalamualaikum.. ^_-

haiii koranggg!
esok nak nak masuk bulan ramadhan..
bulan dimana semua umat islam diwajibkan berpuase kn??

^_^

xsabar rasa nyerr..
haaa.. sekejap jew kan.. pejam celik-pejam celik
dah nak puase..
allhamdulilah.. allah masih lagi bagi peluang 
kepada kite untuk melalui 
ramadhan kali ini..




So sempena menanti kedatangan ramadhan al-mubarak esok..
 eifa ader cerita nak share ngn korang..
mungkin korang dah pernah bace kowt..
tapi xpew larhh..
eifa sekadar nak berkongsi je..

.....................................................................................................................

Suatu hari, gadis kecil
berumur 11 tahun itu
demam panas. Ibu dan
ayahnya mulai digamit
kerisauan. Entah kenapa,
panadol pun seolah-olah
tidak memberikan kesan
untuk mengurangkan
demam anak mereka.

Lantas si ibu dan sang
ayah segera membawa
anak gadis mereka ke
hospital.

Doktor memaklumkan si
anak perlu ditahan di
wad untuk rawatan
lanjut. Katanya si kecil
tersebut mengalami
pendarahan dalam perut.
Telahan awal mungkin
kerana makan yang tidak
menentu sebulan dua ni.

Si ibu stay di hospital
sementara si ayah pulang
ke rumah mengambil
barang-barang keperluan
asas anaknya selama
berada di wad. Pakaian
dan sebagainya.

--
Ayah membuka almari
pakaian anaknya. Dilihat
beg galas sekolah
anaknya berisi sesuatu.
Lantas dibuka zipnya dan
dilihat isi dalamnya.

Tiba-tiba sang ayah
menitiskan air mata.
Dilihatnya ada dua
pasang jubah. Disimpul
kemas dengan reben
tampak kreatif. Terselit
nota kecil;

"Assalamualaikum abah,
ma.

Ini hadiah Ramadan dari
anakmu. Selama dua
bulan ini adik mengikat
perut untuk membelikan
hadiah yang tak seberapa
ini untuk abah dan ma.
Jujur, adik iri hati pada
seorang rakan ni. Waktu
pulang dari sekolah,
kelihatan ayah dan
ibunya berjubah
menjemputnya dari
sekolah. Senang hati ini
melihatnya. Tapi abah
datang dengan seluar
pendek, ma dengan tshirt
dan jeans tanpa tudung di
kepala datang
menjemput di sekolah.

Abah..ma..adik tidak
bermaksud untuk
menyakitkan hati abah
dan ma. Terimalah hadiah
dari adik ni untuk abah
dan ma. Itupun jika abah
dan ma sudi.

Abah..ma..Kasih kita,
kasih ke Syurga...

Tulus - anakmu."

---
Si ayah segera memecut
ke hospital apabila
menerima panggilan
telefon dari si ibu.
Katanya kritikal.

Sesampainya di wad,
kelihatan si ibu sudah
teresak-esak. Dengan
wajah hampa. Air mata
duka.

---
Hari ini, 15 Ramadhan.
Kelihatan sepasang suami
isteri dengan lengkap
berjubah berjalan
beriringan ke masjid
untuk menunaikan solat
terawih.

Biasanya bertiga. Tapi
kali ini hanya berdua.
Di hati tetap bertiga.
Sampai bila-bila

............................................................................................................

sebak kan bile baca cerita nie??
bagaimana jika kita sendiri yang berada dalam keadaan kat atas??
ape perasaan korang??
so..
renung-renungkan larhh..

di kesempatan ini..
 eifa nak ucapkan 
"selamat menyambut ramadhan al-mubarak"
segala salah dan khilaf mohon dimaafkan...
semoga ukhwah yang kita bina selama ini akan kekal sehingga ke akhir hayat...

"AMINN.."


 

Labels:



Older Post | Newer Post
I'm Muslimah

# MAAF bagi penggunaan "AKU" kepada yang lebih tua daripAda Eifa :)
HELLO & Assalamualaikum.. thanks for coming! ^_^ enjoy your "stalker" & May allah bless you :)
Navigations!

Diary About Stuff Site


Just Note

"Semoga MURNI NOR ILFHA menjadi salah seorang wanita lindungan Allah. Setiap langkah cuba bermujahadah menjadi yang terbaik di mata Tuhannya. Setiap detik terus berjuang untuk meraih cinta Tuhannya.."

Be nice wif me ;)


Besties!

Let's Talk!


♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed


The Credits!

Template by : Shams Oon
Basecode by : Nurynn
Owner : Eifa_Ramli
Other: 3 1 5

Best View at GOOGLE CHROME!

All rights reserved ® Eifa_Ramli