Eifa_AwesomeBlog~
Kalau aku Mampu?

Thursday, 6 March 2014 @ 09:22 | 0 Comment [s]


Bismillahirrahmanirrahim



Ya, 
Aku paling cemburu melihat dia,
Kenapa ?
Kerana dia muslimah solehah,
Dia hadapan Tuhan dia lebih gah, 
Di kalangan manusia dia cuma biasa-biasa.

Itu, 
Aku dengar suara malaikat menyanyi-nyanyi
untuknya,
Memuji-muji dia di hadapan Yang Maha Kuasa,
Kerana,
Dia terlalu hebat dalam sujudnya,
Setitis airmata pun tidak di simpan untuk yang tidak halal
Semuanya tumpah demi mengenang dosa,
Semuanya di habiskan di dalam sujudnya,
Semata-mata meraih redha Yang Maha Esa.

Dia,
Terlalu kuat mencintai kekasih Yang Satu,
Saat ujian Allah menghampiri,
Dia tersenyum manis,
Tampak ikhlas.
Hatinya yakin Allah sedang merindu,
Allah sedang mengirimkan kasih sayangNya.
Saat kehendak menginginkan yang tidak hak,
Dia memilih untuk bersyukur dengan apa yang ada.
Kala diberi pilihan,
Dengan pakaian indah membuka segala,
Dia memilih yang enak di mata Tuhannya.
Cukuplah sehelai kain kosong berwarna.
Cukuplah tudung labuh hingga ke dada.
Dia tidak perlu manik-manik ajaib.
Dia tidak mahu ada hati yang tersilau.

SubhanAllah !
Solehahnya dia.
Aku ?
Aku masih di sini memerhati dia.
Mahu menjadi seperti dia, tidak mampu.
Cuma,
Aku sedang cuba. :')


credit by : fatimah az-zahra'


aku,
bagai menunggu awan menyembah bumi kali ini,
masa semakin suntuk untuk aku mengikat kata-kata 
Mungkin bukanlah kuasa kita menentukan hidup ini
aku berserah,
tawakkal akan ketentuan ini 
perasaan ini akan ku tanam di lubuk hati yang paling dalam 
supaya ia tenggelam didalam bara yang menyala 

credit by : akuPenghibur




Labels:



Older Post | Newer Post
I'm Muslimah

# MAAF bagi penggunaan "AKU" kepada yang lebih tua daripAda Eifa :)
HELLO & Assalamualaikum.. thanks for coming! ^_^ enjoy your "stalker" & May allah bless you :)
Navigations!

Diary About Stuff Site


Just Note

"Semoga MURNI NOR ILFHA menjadi salah seorang wanita lindungan Allah. Setiap langkah cuba bermujahadah menjadi yang terbaik di mata Tuhannya. Setiap detik terus berjuang untuk meraih cinta Tuhannya.."

Be nice wif me ;)


Besties!

Let's Talk!


♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed


The Credits!

Template by : Shams Oon
Basecode by : Nurynn
Owner : Eifa_Ramli
Other: 3 1 5

Best View at GOOGLE CHROME!

All rights reserved ® Eifa_Ramli