Eifa_AwesomeBlog~
..Kisah hati..

Thursday, 20 March 2014 @ 09:07 | 0 Comment [s]








Hati..

Bahagian paling sukar difahami.
Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.
Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.

Hatinya. 
Hati itu sukar difahami bahasanya.
Kadang menghegeh mencari ruang.
Menebar rasa yang lama terpendam.
Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam.
 
Belum sembuh, mungkin??...
 
Jiwa..
Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula.
Perit lagi kan?
Jangan kau simpan atau pendam dalam dada
.
Luahkan.
Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.
Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.
 
Sukar kan.
Memapar senyum.
Membalas tawa.
Saat diri terbenam dalam duka.
Kau sendiri pernah rasa kan?
 
Karena itu.
Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.
Kita, jangan sesekali hina hidup orang.

Jatuh bangun dia. Naik turun dia.
Cuma Allah tahu.

Dia struggle 24 jam sikit pun kita tak pernah tahu.
Kita main redah je bising-bising komen pasal dia. 
Sikit pun tak menambah iman kita.
Berhentilah.
Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia.
Doakan dia,
 semoga malaikat mendoakan kita semula.
 
Dulu, pernah ada yang berkata,
 
“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. 
Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. 
Air mata mungkin mengalir. 
Hati mungkin terguris. 
But, this will never beforever
You wish something better, but He knows something greater
Keep walk. Head up. 
Hidup tak lama. Korbankan seketika..
 Senyum, lalui hidup sebaiknya.”
 
 
Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.
Maka, ketika  engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.

Puas??..
Kau akan puas.
Kerana atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.
Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisiklah pada hati,
 
“Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.
 
Satu benda kau kena faham.
Satu benda.
Kita ini, bukan kuat mana.
Bukan tabah mana.
Bukan cekal mana.
Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan. 
Cari Tuhan.
 
Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,
 
Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? ”
Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. 
Allah yang atur. Dengan izin-Nya. 
Tentang apa jua.
 Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. 
Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati.”
Moga nanti kan kau fahami.
Hikmah-hikmah yang ter-alir.
Moga  jatuh bangun kita ini nanti kan membuat senyuman kita di ;
Syurga.
 
“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]
 
………………
 
semoga kita kuat & tabah menghadapi dugaan hidup ini
~Aamiin~







#keepsmile:)

x

Labels:



Older Post | Newer Post
I'm Muslimah

# MAAF bagi penggunaan "AKU" kepada yang lebih tua daripAda Eifa :)
HELLO & Assalamualaikum.. thanks for coming! ^_^ enjoy your "stalker" & May allah bless you :)
Navigations!

Diary About Stuff Site


Just Note

"Semoga MURNI NOR ILFHA menjadi salah seorang wanita lindungan Allah. Setiap langkah cuba bermujahadah menjadi yang terbaik di mata Tuhannya. Setiap detik terus berjuang untuk meraih cinta Tuhannya.."

Be nice wif me ;)


Besties!

Let's Talk!


♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed


The Credits!

Template by : Shams Oon
Basecode by : Nurynn
Owner : Eifa_Ramli
Other: 3 1 5

Best View at GOOGLE CHROME!

All rights reserved ® Eifa_Ramli