Impian si butterfly
2021 Realiti yang tak diduga
Tuesday, 29 June 2021 | June 29, 2021 | 0comments
assalamualaikum / selamat sejahtera

 


    Tahun 2021 yang sangat mencabar dan penuh dugaan. Siapa sangka susuk tubuh yang nampak normal dimata orang lain tapi hakikatnya tak siapa yang tahu dugaan yang di alami. Rutin kehidupan masih berjalan seperti biase, macam tak ada apa yang tersirat di sebalik wajah yang ceria. Masih bekerje dan buat bisness tanpa rasa terbeban tapi jauh di sudut hati masih mempersoalkan takdir kenapa aku ?. Perit sebenarnya untuk terima hakikat yang kau sendiri tak dapat nak jangka. 21 mac 2021, hari paling mengerikan dalam hidup bila dapat tahu dalam badan sendiri wujud sesuatu yang tak diduga. Berbulan ambik masa nak pulihkan diri sendiri tapi disebabkan pkp dan diri sendiri kene kuarantin covid terpaksa tangguhkan dahulu rawatan. Agak kecewa pada mulanya, kalau boleh tak nak bertangguh untuk rawatan sebab diri ni dah terlalu penat. Sampaikan satu tahap badan sihat masih aktif tapi suara tak ada. Betapa susahnya nak berkomunikasi dalam keadaan bisu. Allah bagi ujian dia juga yang bagi penawar. Mungkin badan terlalu penat, rawatan terpaksa ditangguhkan buat semantare dan sekarang alhamdulilah dah boleh bercakap semula suara pun dah jelas. 

Menurut perubatan, sesuatu yang wujud dalam diri aku tu dah berbelas tahun. Mungkin melibatkan 4 bende yang tak tahu wujud dari mana usulnya. Allahu sesungguhnya masa dapat tahu tu, rasa berkecai retak hati sendiri. Sifat pemarah, jelingan mata dan muka breakout tu adalah punca sebenarnya. Pandangan dalam cermin yang selama ni bertahun-tahun nampak adalah dia jugak. Perit untuk terima tapi itu lah hakikat sebenarnya. Bukan tak pernah mendapatkan rawatan sebelum ini, pernah dan kerap kali cuma setiap perawat ade cara mereka sendiri. Allah uji seseorang hambanya kerana sayang. InnShaaAllah, dalam hati dan pikiran sentiasa cuba untuk positif. Kebiasaan rawatan sebelum-sebelum ni selepas habis akan dapat air, garam, limau atau cuka. Tapi kali ni terlalu berbeza, situasi yang kau sendiri tak pernah alami. Sesetengah memang tak akan percayai selagi tak kene pada diri sendiri. Hakikat diri sendiri terlalu takut, demi untuk sihat macam keadaan normal semula aku perlu kuat. 

Rawatan permulaan macam biasa jari kaki dipicit, Allahu perasaan mase tu kalau boleh nak lari je tau. Perubahan suara manusia normal jauh sekali yang terkeluar pada masa tu. Ahli keluarga yang ada semua terkejut. Pengamal perubatan ada bagitahu, diri perlu dirawat untuk kebaikkan mase depan. Kalau terus dibiarkan incase kawin mungkin tak akan bertahan lama Siap dapat pesanan, buat sementare waktu kalau boleh putuskan perhubungan yang ada, buang rasa kasih dan sayang pada seseorang jika ada. Paling penting elakkan berkhawin selagi rawatan belum selesai. Sebak mendengar mase tu. Adakah ini takdir yang perlu aku tempuhi? demi kebaikkan diri sendiri aku pasrah dan sentiasa cuba pulihkan semangat sendiri. Rawatan demi rawatan yang aku hadap, jujur aku sendiri takut dengan badan aku sendiri. Situasi di mana, kau sendiri tak dapat nak kawal. Semua pergerakan, percakapan, jeritan dan gelakkan di kawal. Bila melawan diri sendiri yang merasa kesakitan. 

Pejam celik pejam celik dah sebulan dah rawatan ditangguhkan akibat covid. Dalam tempoh ini, 2 kali jugak situsi pelik terjadi. Alhamdulilah masih mampu mengawal walaupun masih takut. Semoga semuanya cepat pulih dan kembali keadaan seperti asal dengan izin Allah. Doakan urusan saya dipermudahkan dan sihat ye.




past | future
Butterfly here
Hai
ilfha / 27 / pahang
too appreciative of things & memories

Chatting here

Visitor

...
...